Informasi Permainan Video Terkini
Psychonauts 2 Ditangguhkan – Tidak Akan Dilancarkan Tahun Ini

Psychonauts 2 Ditangguhkan – Tidak Akan Dilancarkan Tahun Ini

Diterbitkan pada Jan 3, 2018 oleh .

Antara permainan yang dinantikan oleh peminat, Psychonauts 2 mungkin tidak akan dilancarkan tahun ini. Permainan Psychonauts yang dilancarkan sebelum ini pada 2005 di Playstation 2, Xbox dan PC merupakan salah satu permainan yang diminati ramai peminat dengan bentuk permainannya yang memfokuskan psikologi.

Namun, Double Fine Production kini berkongsi berkenaan pembangunan permainan tersebut dimana mereka perlukan lebih masa untuk membangunkan permainan tersebut. Mereka juga menyatakan tarikh pelancaran bagi permainan tidak akan tiba pada 2018 dan mereka akan meningkatkan lagi kualiti permainan tersebut sebelum melancarkannya secara rasmi.

Pada masa yang sama, Double Fine Production juga berkongsi sebilangan kemaskini terbaru buat permainan tersebut termasuklah rekaan watak terbaru bagi keluarga Aquato.

Walaupun ini merupakan berita yang agak sedih, namun kami percaya Double Fine Production akan membangunkan hasil kualiti permainan yang terbaik terutamanya buat peminat-peminat siri permainan Psychonauts.


TIPS & ULASAN