Skip to main content

Team-Xecuter yang sebelum ini bertanggungjawab membuka pintu kepada cetak rompak untuk konsol Xbox, Xbox 360 dan juga 3DS, kini melalui laman rasmi mereka, Team-Eecuter menyatakan yang mereka sudah menjumpai penyelesaian untuk membenarkan perisian tersendiri dipasang di Nintendo Switch.

Menurut mereka, perisian ini akan boleh digunakan buat semua konsol Nintendo Switch tanpa mengira jenis sistem operasi yang digunakan.  Mereka juga berkongsi video pendek yang menunjukan perisian tersebut dijalankan di Nintendo Switch.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=7&v=gzngEqL6vnI

Pengodaman ini sememangnya boleh membuka pintu kepada cetak rompak, namun semestinya perkara ini akan dipandang berat oleh pihak Nintendo dan pasti akan mendapat reaksi segera oleh mereka. Kemungkinan besar pengodaman ini tidak akan bertahan dan tidak akan dikeluarkan untuk umum seperti yang berlaku kepada Xbox One sebelum ini.

Walaubagaimana pun, pihak Aksiz ingin menegaskan cetak rompak adalah sesuatu yang salah dan tidak digalakkan kerana ia melanggar dari segi undang-undang negara.

Leave a Reply