Informasi Permainan Video Terkini
Jeff Kaplan Mengumumkan Watak dan Peta Baru Sedang Dibangunkan untuk Overwatch

Jeff Kaplan Mengumumkan Watak dan Peta Baru Sedang Dibangunkan untuk Overwatch

Diterbitkan pada Jan 3, 2018 oleh .

Melalui siri Developer Update buat permainan Overwatch, pengarah permainan tersebut, Jeff Kaplan berkongsi beberapa perkara baru yang akan dibawa kepada Overwatch untuk tahun 2018.  Video yang berdurasi 7 minit boleh dilihat dibawah.

Selain dari menggulung kembali percapaian Overwatch untuk tahun 2017 seperti pengeluaran tiga watak baru (Orisa, Doomfist dan Moira) dan juga peta baru Oasis, Jeff Kaplan juga mengumumkan beberapa perkara baru untuk tahun 2018 melalui video tersebut.

Antara perkara yang diperkatakan adalah

  1. Kostum bersempena Overwatch League akan dikeluarkan tidak lama lagi.
  2. Blizzard World yang diumumkan pada November tahun lepas juga dikatakan akan dikeluarkan tidak lama lagi. Namun tiada lagi tarikh yang ditetapkan.
  3. Watak terbaru sekarang di dalam proses percubaan dalaman dan tiada tarikh pengeluaran yang tetap dikongsikan lagi.
  4. Overwatch juga akan meneruskan perkembangan penceritaan melalui animasi pendek dan juga komik.
  5. Acara terdekat adalah untuk tahun baru China dan tema tahun ini adalah A Year of The Dog.
  6. Uprising Event yang dikeluarkan pada bulan April tahun lepas juga akan kembali untuk tahun ini dalam masa terdekat.
  7. Overwatch juga akan menambah kandungan untuk kotak tikam(Lootbox) asas yang tiada lagi had masa.

Overwatch adalah permainan yang dilancarkan pada tahun 2016 oleh Blizzard di Playstation 4, Xbox One dan PC. Ia merupakan permainan penembak pandang pertama yang memfokuskan bentuk permainan multi-pemain.


TIPS & ULASAN