Informasi Permainan Video Terkini
(Ura-Ura) Darkest Dungeon: Crimson Edition Untuk Switch Akan Dikeluarkan Pada Bulan Mac

(Ura-Ura) Darkest Dungeon: Crimson Edition Untuk Switch Akan Dikeluarkan Pada Bulan Mac

Diterbitkan pada Jan 3, 2018 oleh .

Darkest Dungeon yang sudah dikeluarkan untuk hampir semua konsol masih tidak mempunyai tarikh yang tetap untuk versi Switch.  Pembangun permainan tersebut, Red Hook Studio menyatakan bahawa  mereka berharap dapat mengeluarkan permainan tersebut pada pertengahan Januari buat konsol Switch.

Setakat ini tiada lagi pengesahan buat tarikh pelancaran permainan tersebut. Tambahan juga, melalui blog rasmi mereka, Red Hook Studios meletakkan sasaran pada suku pertama tahun ini.  Namun begitu, melalui penyenaraian di Amazon Jerman, permainan ini boleh di pra-tempah bermula sekarang dan akan dikeluarkan pada 22 Mac 2018 di pasaran Jerman.

Darkest Dungeon adalah permainan pengembaraan yang memfokuskan penerokaan dungeon dan mendapat ulasan yang baik untuk versi di konsol-konsol lain. Dengan pelancaran permainan ini di konsol Nintendo Switch, ia akan menambah lebih banyak koleksi permainan dari parti ketiga buat konsol tersebut.