Informasi Permainan Video Terkini
Ratalaika Games Akan Mengumumkan Permainan Baru Untuk Nintendo Switch

Ratalaika Games Akan Mengumumkan Permainan Baru Untuk Nintendo Switch

Diterbitkan pada Jan 2, 2018 oleh .

Ratalaika Games yang bertanggungjawab membawa One More Dungeon, permainan yang dibangunkan oleh Stately Snail ke konsol Nintendo Switch, kini menyatakan melalui akaun Twitter rasmi mereka bahawa mereka akan mengumumkan permainan baru buat konsol Nintendo Switch pada minggu pertama bulan ini.

Selain itu, menurut balasan mereka kepada kicauan di Twitter yang mana peminatΒ mengingatkan mereka agar tidak melupakan Playstation Vita. Namun begitu, Ratalaika Games menyatakan bahawa permainan yang bakal diumumkan oleh mereka juga dibangunkan untuk Playstation Vita dan Playstation 4, tetapi pembangunannya akan dibuat oleh pembangun asal permainan yang akan diumumkan nanti.

Ini merupakan sesuatu yang menarik dimana kini konsol Nintendo Switch semakin mendapat sokongan daripada pihak ketiga pembangun permainan video sekaligus meningkatkan lagi jumlah permainan video yang terdapat di dalam konsol tersebut.