Informasi Permainan Video Terkini
Siaran Khas Langsung Monster Hunter World Dijadualkan Pada 5 Januari Oleh Capcom

Siaran Khas Langsung Monster Hunter World Dijadualkan Pada 5 Januari Oleh Capcom

Diterbitkan pada Jan 2, 2018 oleh .

Capcom hari ini mengumumkan siaran khas secara langsung untuk permainan Monster Hunter World yang mana mereka menjadualkan pada 5 Januari 2018, pukul 6.00 petang waktu tempatan.  Siaran ini akan berkongsi beberapa informasi baru termasuklah bentuk permainan terbaru.

Seperti anda, kami di Aksiz juga tidak sabar untuk mengetahui sebilangan informasi baru yang bakal Capcom kongsikan bersama. Siaran ini juga mungkin akan mengumumkan secara rasmi tarikh pelancaran untuk PC.

Monster Hunter: World merupakan permainan aksi pengembaraan pemburuan raksasa yang dibangunkan oleh Capcom. Ia bakal tiba pada Playstation 4 dan Xbox One pada 26 Januari 2018 ini.