ESL One Genting 2018 bakal berlangsung pada penghujung Januari ini di Malaysia, dan sehingga kini 14 pasukan telah pun disahkan penyertaannya selepas menerima jemputan terus atau melalui pilihan berasaskan pusingan saringan.

ESL One Genting 2018

ESL One Genting 2018

Terkini, dua lagi pasukan telah disahkan penyertaannya selepas melalui pusingan saringan peringkat China, iaitu LFY dan juga VGJ.Thunder. Kedua-duanya menjadi pasukan terakhir yang mengesahkan penyertaan mereka ke ESL One Genting 2018.

Pasukan VGJ.Thunder mengesahkan penyertaan mereka selepas menewaskan Newbee.Miracle dengan skor 2-1, sementara LFY mengesahkan penyertaan selepas menewaskan Invictus Gaming.

ESL One Genting akan berlangsung pada 23 hingga 28 Januari 2018 ini, dimana ia kini merupakan pertandingan Dota 2 Minor yang rasmi. Ia akan memperlihatkan sejumlah 16 pasukan bersaing untuk memenangi hadiah bernilai $400,000.

Sohor Kini