Informasi Permainan Video Terkini
Pokemon Go Bakal Dilancarkan Di China Dengan Kerjasama NetEase
Artikel Berkaitan

Pokemon Go Bakal Dilancarkan Di China Dengan Kerjasama NetEase

Diterbitkan pada Jan 2, 2018 oleh .

Walaupun sudah berada di lebih 100 negara, Permua Pokemon Go masih tidak bertapak di antara pasaran terbesar di dunia iaitu China.  Ini mungkin akan berubah apabila Niantic Labs menjalinkan kerjasama dengan syarikat tempatan China iaitu NetEase.

Pada bulan November tahun lepas NetEase adalah antara syarikat yang menyumbang kepada kutipan dana sebanyak RM 800 juta untuk Niantic. NetEase juga bertanggungjawab membawa permainan Overwatch dan Minecraft ke negara China.

Pelancaran Pokemon Go di China akan membantu untuk meningkatkan kembali perkembangan Niantic yang berkurangan dari segi pendapatan untuk tahun 2017 sekaligus mengembangkan lagi permua tersebut.