Informasi Permainan Video Terkini
Liga Nasional Untuk Esukan Bakal Dianjurkan Pada Tahun Hadapan

Liga Nasional Untuk Esukan Bakal Dianjurkan Pada Tahun Hadapan

Diterbitkan pada November 29, 2018 oleh .

Arena esukan mendapat perhatian ramai pihak sejak kebelakangan ini, apatah lagi dengan pengumuman baru-baru ini yang mana esukan akan dipertandingkan pada acara Sukan SEA 2019 kelak.

Kini, selari dengannya, Rinie Ramli (Setiausaha Agung Esports Malaysia) mengatakan yang mana mereka akan mengadakan liga nasional pada tahun hadapan.

Liga Nasional ini juga dijangka menjadi proses saringan untuk pemilihan skuad esukan bagi Sukan SEA 2019 kelak. Boleh dikatakan penubuhan liga adalah suatu perkara yang jauh lebih penting berbanding membuka lebih banyak pusat esukan, selain penubuhan liga juga akan merancakkan lagi perkembangan arena esukan di Malaysia.

Buat masa ini, ia tidak diumumkan lagi apakah senarai penuh permainan yang bakal dipertandingkan pada acara Sukan SEA kelak. Berkemungkinan kita akan melihat Liga Nasional Esukan tempatan dibangunkan selari dengannya.

Menyentuh hal sama juga, CEO Razer turut mengumumkan yang mana mereka akan turut memperuntukkan bajet pada tahun hadapan untuk mempromosikan pusingan saringan di Malaysia – selari dengan pengumuman peruntukkan RM10 juta oleh Razer untuk esukan di Malaysia, selain Razer sebagai rakan kerjasama rasmi Sukan SEA 2019 kelak.


TIPS & ULASAN