Informasi Permainan Video Terkini
Warner Bros. Mengumumkan Permainan Video The Lego Movie 2 – Hadir pada 2019 Akan Datang

Warner Bros. Mengumumkan Permainan Video The Lego Movie 2 – Hadir pada 2019 Akan Datang

Diterbitkan pada November 28, 2018 oleh .

Minggu lepas, Warner Bros. telah memperlihatkan video acah buat The Lego Movie 2: The Second Part. Ia adalah sekuel kepada The Lego Movie dan menempatkan di kawasan yang mirip Mad Max dan juga angkasa. Kini, Warner Bros. mengumumkan di mana The Lego Movie 2 turut akan hadir dengan permainan video tersendiri – The Lego Movie 2: The Videogame.

This slideshow requires JavaScript.

Permainan video ini mengisahkan raksasa asing yang telah menjajah Bricksburg. Ia kini terpulang kepada Emmet dan rakan adiwira lain terbang ke angkasa untuk menyelamatkan rakan-rakan dari penduduk Sistem Systar. Melalui permainan ini, Emmet turut akan mempelajari skil membina daripada Lego.

Menurut Lego, adiwira lain dalam permainan video ini selain Emmet adalah Batman Lego. Kemudian cara bermain adalah dengan mengembara di Sistem Systar, membina pelbagai objek dari Lego, pertempuran dengan makhluk asing dan juga menggunakan pelbagai kombo aksi.

The Lego Movie 2: The Videogame akan hadir buat platform PC, Xbox One dan Playstation 4 pada 26 Februari 2019 dan Nintendo Switch pada 26 March 2019.


TIPS & ULASAN