Lego adalah permainan yang terkenal untuk kanak-kanak ataupun orang dewasa menjadi kreatif. Mereka boleh membina atau mencipta pelbagai benda. Lego juga turut mempunyai pelbagai filem mereka tersendiri yang bertemakan adiwira-adiwira, penampilan khas selebriti terkenal dan banyak lagi. Terbaru, Warner Bros. hadir dengan video acah Lego Movie 2: The Second Part.
Lego Movie 2: The Second Part adalah kesinambungan kepada The Lego Movie yang ditayangkan empat tahun lalu. Masih menggunakan suara pelakon asal iaitu Chriss Pratt sebagai Emmet, Elizabeth Banks sebagai Lucy, Will Arnett sebagai Batman dan ramai lagi. Untuk Lego Movie 2: The Second Part, berdasarkan video acah ia menempatkan semua watak-watak Lego di dunia Mad Max, angkasa lepas dan juga dunia fantasi kanak-kanak yang comel.
Filem ini dilihat mengisahkan pengembaraan Emmet dan rakan-rakan mereka menentang Queen Watevra Wa’Nabi yang merupakan musuh utama yang boleh berubah bentuk dan juga General Mayhem – seorang musuh berpakaian sut angkasa yang dilakonkan oleh Stephanie Beatriz yang terkenal dalam Brooklyn Nine-Nine.
Filem ini akan ditayangkan pada Februari 2019 pada minggu Raya Cina.