Informasi Permainan Video Terkini
Nyko Hadir Dengan Dualies – Alat Kawalan Alternatif Untuk Nintendo Switch

Nyko Hadir Dengan Dualies – Alat Kawalan Alternatif Untuk Nintendo Switch

Diterbitkan pada November 28, 2018 oleh .

Tidak dinafikan, Nintendo Switch adalah satu konsol yang menarik untuk dimainkan. Saya yang tidak pernah membeli konsol dengan sendiri, tewas dan memiliki Nintendo Switch untuk dijadikan sebagai konsol mudah alih. Tetapi saya pasti, isu yang saya miliki adalah sama dengan ramai orang – Joy Con adalah kecil dan kadang kala saya terlepas beberapa butang untuk bermain permainan.

Oleh itu, Nyko hadir hadir dengan Dualies bagi menangani masalah ini. Dualies adalah alat kawalan untuk Nintendo Switch yang turut mempunyai sensor gerakan dan sejenis alat kawalan nirwayar. Menariknya, ia mempunyai rekaan yang lebih besar dan juga ergonomik. Ia turut mempunyai kesan berderum dan mempunyai kemasan yang cengkam (berdasarkan gambar).

Satu perkara yang mengecewakan adalah, ia perlu dicas secara berasingan melalui sambungan USB-C dan dalam pakej belian hanya satu kabel sahaja disediakan. Selain daripada Dualies dan kabel, Nyko turut menyertakan aksesori kayu bedik untuk cengkaman tambahan.

Nyko akan menjual Dualies melalui Amazon pada 7 Disember kelak pada harga $49.99, iaitu sekitar RM210 sahaja.


TIPS & ULASAN