Informasi Permainan Video Terkini
√Letter Bakal Menerima Filem Aksi-Nyata

√Letter Bakal Menerima Filem Aksi-Nyata

Diterbitkan pada November 27, 2018 oleh .

√Letter ataupun Root Letter merupakan permainan visual novel yang dikeluarkan untuk PS4 dan PS Vita pada tahun 2016 selum hadir untuk PC dan permua pada tahun 2017. Ia diterbit dan dibangunkan oleh Kadokawa Games.

Minggu ini, berdasarkan laporan oleh Bahamut, permainan tersebut bakal menerima filem aksi-nyata yang akan diterbitkan oleh syarikat produksi Akatsuki Entertainment cawangan Amerika Syarikat.

Presiden Kadokawa Games Yoshimi Yasuda mengatakan beliau sangat gembira dengan berita ini dan berharap ia akan membantu penduduk di kampung beliau yang membantu dalam pembangunan permainan ini.

Ketua Akatsuki Entertainment Annmarie Sairrino Bailey mengatakan produksi masih di peringkat awal dan masih sedang menulis skrip untuk filem tersebut. Oleh disebabkan itu, peminat perlu menunggu lebih lama untuk maklumat lanjut mengenainya. Namun, beliau mengatakan yang filem ini akan mengekalkan elemen kejutan yang terdapat di dalam permainan tetapi secara realistik.

Permainan ini adalah mengenai watak utama yang tiba di Matsue, Shimane Prefecture untuk mencari rakan pena beliau Fumino Aya yang menghilangkan diri. Permainan ini bakal menerima penambah-baikkan iaitu Root Letter: Last Answer yang menariknya mempunyai grafik aksi-nyata, ia akan dikeluarkan pada 20 Disember 2018.


TIPS & ULASAN