Informasi Permainan Video Terkini
Sony Melancarkan Play Everything Lounge Di Sunway Pyramid – Bakal Beroperasi Mulai Esok

Sony Melancarkan Play Everything Lounge Di Sunway Pyramid – Bakal Beroperasi Mulai Esok

Diterbitkan pada November 22, 2018 oleh .

Sony Interactive Entertainment cawangan Singapura hari ini mengumumkan bahawa mereka bekerjasama bersama Sunway Pyramid untuk melancarkan lounge khas Play Everything Lounge oleh Playstation.

Play Everything Lounge oleh Playstation tersebut merupakan satu ruangan istirehat khas bertempatkan di pusat membeli-belah Sunway Pyramid di tingkat FF, Blue Zone dimana ianya akan mula dibuka pada jam 10 pagi hingga 10 malam dan kemasukkan adalah percuma.

Menurut Sony, lounge tersebut akan beroperasi bermula esok, 23 November 2018 sehingga 17 Februari 2019. Melaluinya terdapat pelbagai aktiviti yang bakal Sony anjurkan seperti demo permainan, pertandingan dan juga aktiviti komuniti oleh mereka.

Menariknya, ketika pembukaan pertama iaitu antara 23 hingga 25 November ini, anda semua berupaya untuk mencuba permainan Kingdom Hearts 3. Selain itu, Sony juga menyatakan bahawa mereka juga akan menyediakan demo permainan Overcooked! 2, Taiko No Tatsujin dan Astro Bot Rescue Mission. Tambahan itu, Sony juga menyediakan demo buat konsol retro mini, PlayStation Classic.

Menurut Sony, mereka akan mengubah kitaran demo permainan dan aktiviti di lounge tersebut pada masa akan datang. Segala pengumumannya akan diumumkan di laman rasmi Facebook Playstation Asia.

HC Chan, iaitu ketua pegawai eksekutif Sunway Mall menyatakan bahawa beliau sangat berbangga dengan kolaborasi bersama Sony Playstation yang mana beliau percaya ianya akan membuka pengalaman yang lebih menarik buat pengujung pusat membeli belah tersebut.

Hidetoshi Takigawa, ketua serantau dari Sony Interactive Entertainment juga bahawa mereka berbangga untuk membawa lounge ini buat pertama kalinya di Asia Tenggara bersama-sama dengan Sunway Pyramid. Beliau juga menyatakan Malaysia juga merupakan salah satu negara yang mempunyai pemain Playstation 4 terbanyak. Sekaligus bersempena dengna ini, mereka juga berjaya membawa pelbagai acara ke Malaysia seperti acara Playstation Experience South East Asia 2017 dan juga acara pelancaran God Of War sebelum ini.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menghadiri ke Play Everything Lounge dan mencuba pelbagai permainan seperti Kingdom Hearts 3 dan pelbagai lagi permainan lain di sana.


TIPS & ULASAN