Informasi Permainan Video Terkini
The CW Mempertontonkan Video Acah ‘Elseworld’ Baharu – Barry Allen Adalah Green Arrow

The CW Mempertontonkan Video Acah ‘Elseworld’ Baharu – Barry Allen Adalah Green Arrow

Diterbitkan pada November 14, 2018 oleh .

Bulan lepas, telah kami laporkan di mana The CW menerbit poster ‘Elseworld’. Poster ini telah memperlihatkan penukaran watak antara The Flash dan Arrow. Siri ‘Elseworld’ ini adalah rentas-siri baharu The CW yang menggabungkan Supergirl, The Flash, Arrow dan Batwoman.

Hari ini, video acah pertama buat rentas-siri ini dipertontonkan. Melalui video ini, Barry Allen dilihat sedang berlatih seni mempertahankan diri bersama dengan John Diggle. Mengejutkan dalam video acah ini, Barry Allen sedar bahawa beliau adalah The Flash – tetapi realitinya Barry telah memasuki dunia alternatif dan beliau bukan lagi The Flash tetapi adalah Green Arrow.

Episod rentas-siri ini mempunyai sejumlah tiga episod dan akan mula ditayangkan bermula 11 Disember kelak. Bagi peminat siri TV ini, saya yakin anda tidak sabar untuk menontonnya.


TIPS & ULASAN