Skip to main content

Semalam, telah kami laporkan di mana siri televisyen DC Legends of Tomorrow terbitan The CW – tidak akan terlibat dalam rentas-siri ‘Elseworld’. Kini, The CW menerbit poster episod khas ‘Elseworld‘ dan ia memperlihatkan watak Arrow dan The Flash bertukar.

Poster ini memperlihatkan, watak Arrow/Oliver Queen yang dilakonkan oleh Stephen Amell bertukar dengan The Flash/Barry Allen yang dilakonkan oleh Grant Gustin. Kenapa mereka bertukar? Bagi mereka yang tidak tahu, ‘Elseworld‘ adalah satu dunia alternatif DC yang tiada kaitan langsung dengan dunia DC yang sebenar. Ia turut digelar sebagai ‘Kisah Imaginasi‘ di mana, terdapat banyak kemungkinan dan satu watak ini boleh berada di lokasi yang dikenali atau juga satu lokasi yang mustahil. Watak-watak di dalam dunia ini juga, dilihat sebagai watak baru dan belum dikenali – walaupun sebelum kenal dan tahu siapa mereka.

Jadi, dalam ‘Elseworld’ The CW ini – Arrow, The Flash dan Supergirl akan bersama dan menjadikan ia adalah episod paling menarik adalah – kemunculan Batwoman, Norah Fries (Isteri kepada Mr. Freeze), Lois Lane dan juga bandar Gotham. Episod khas ini akan ditayangkan secara terus selama 3-malam berturut-turut bermula 9 Disember kelak.

Leave a Reply