Informasi Permainan Video Terkini
CW Memperlihatkan Ruby Rose Sebagai Batwoman Untuk Rentas-Siri Arrowverse

CW Memperlihatkan Ruby Rose Sebagai Batwoman Untuk Rentas-Siri Arrowverse

Diterbitkan pada Okt 11, 2018 oleh .

Batwoman adalah siri televisyen DC terbaru yang diterbitkan oleh CW. Batwoman ini adalah salah satu rentas-siri Arrowverse yang akan berkait dengan Arrow, The Flash, Supergirl dan Legends of Tomorrow.

Dalam gambar rasmi yang CW terbit ini, mereka memperlihatkan Batwoman memakai sut hitam dengan logo kelawar merah. Ini adalah sut klasik Kate Kane. Kate Kane mula muncul dalam komik DC pada tahun 2006 dan Kate juga adalah sepupu kepada Bruce Wayne.

Batwoman akan muncul dalam The Flash dan Supergirl terlebih dahulu tahun ini sebelum mempunyai siri Batwoman tersendiri pada tahun hadapan.

The Flash musim kelima sudah pun ditayangkan dan episod pertama memfokuskan Nora iaitu speedster wanita terlaju yang dikenali sebagai XS yang dalam badannya mengandungi tachyeon negatif yang menghalang beliau mengakses kelajuan dari Speed Force.


TIPS & ULASAN