Rockstar Games hari ini mengumumkan yang permainan baharu mereka iaitu Red Dead Redemption 2(RDR2) menjana pendapatan sebanyak $725 juta(~RM 3 bilion) selepas 3 hari dikeluarkan.
Pencapaian tersebut menjadikan ia sebagai produk yang menjana pendapatan kedua tertinggi bagi hujung minggu pertama di dalam industri hiburan (termasuk filem). Tempat pertama dipegang oleh permainan mereka iaitu Grand Theft Auto V, akan tetapi GTAV dikeluarkan pada hari Selasa, manakala RDR2 pada hari Jumaat.
Mereka sebelum ini menyatakan yang menjadikan pencapaian GTAV sebagai sasaran untuk RDR2 adalah sesuatu yang tidak realistik. Dengan rekod ini, kami boleh katakan ia semestinya satu yang tidak mustahil. Terutama apabila Red Dead Online yang akan dikeluarkan secara beta pada November ini.
Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai permainan ini, Najmi ada menulis pandang pertama beliau. Anda boleh membacanya menggunakan pautan di bawah.
Pandang Pertama Red Dead Redemption 2 – Permainan Simulasi Koboi Yang Luas