The Dark Pictures: Man of Medan adalah permainan antologi seram daripada pembangun Supermassive. Permainan ini berjaya dibangunkan atas kerjasama dengan Bandai Namco. Untuk siri antologi pertama ‘Man of Medan’ ia adalah kisah seram pengembaraan di lautan pasifik. Untuk itu, Bandai Namco dan Supermassive mempertontonkan video acah buat siri ‘Ghost Ship‘.

Melalui video acah ini, ia memperlihatkan kisah cinta, misteri, suspen dan juga seram. Terdapat juga adegan yang memperlihatkan aksi watak perempuan menikam seseorang. Jika anda tidak tahu ciri permainan ini, berikut adalah senarai;

Pengalaman Baru Yang Menyeramkan – Supermassive Games membawa sebuah perjalanan naratif yang dahsyat di mana pemain perlu menghadapi ketakutan yang ada dalam diri.

Mampukah Anda Selamatkan Semua?Semua watak yang dimainkan boleh hidup atau juga boleh mati. Pemain yang menentukan nasib watak tersebut. Perlu ingat, kematian boleh berada di mana-mana sahaja.

Apa yang anda akan lakukan untuk hidup?Setiap pilihan yang pemain buat mempunyai nasib yang memberi makna hidup atau mati buat watak. Adakah anda sebagai pemain akan membuat keputusan bijak untuk hidup?

Permainan ini akan hadir buat PlayStation 4, Xbox One, dan PC pada tahun hadapan 2019.

Sohor Kini