Supermassive Games, iaitu pembangun permainan terkenal seperti Until Dawn dan The Hidden Agenda kini mengumumkan bahawa mereka kini bekerjasama bersama Bandai Namco untuk melancarkan permainan seram seterusnya iaitu The Dark Pictures Anthology.
Menariknya, permainan tersebut akan dilancarkan secara bentuk kumpulan antologi permainan yang mana permainan pertama buat siri tersebut adalah Man Of Medan.
Melalui permainan Man Of Medan, permainan seram tersebut akan membawa pemain untuk mengembara di lautan pasifik selatan bersama sekumpulan rakan-rakan di dalam permainan tersebut.
Menariknya, menurut Bandai Namco permainan ini juga akan menyertakan pelbagai bentuk pilihan termasuklah keupayaan untuk mengawal sebilangan watak dan memilih nasib mereka sama ada mereka hidup ataupun mati seperti permainan Until Dawn oleh mereka sebelum ini.
The Dark Pictures Anthology: Man Of Medan akan dilancarkan pada tahun hadapan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.