Informasi Permainan Video Terkini
Disney Mungkin Akan Menerbitkan Siri TV Berdasarkan Falcon Dan The Winter Soldier

Disney Mungkin Akan Menerbitkan Siri TV Berdasarkan Falcon Dan The Winter Soldier

Diterbitkan pada November 1, 2018 oleh .

Sudah dua siri Marvel Netflix dibatalkan, iaitu Iron Fist dan Luke Cage. Bagi yang tidak tahu, siri Marvel Netflix adalah dalam dunia yang sama dengan Avengers iaitu dunia MCU. Terkini, watak Falcon dan The Winter Soldier dikatakan akan mempunyai siri TV khas mereka.

Falcon dan The Winter Soldier ini dikatakan akan menjadi satu pasukan dan siri khas ini akan ditayangkan dalam platform penstriman Disney akan datang. Menariknya, menurut laporan Sebastian Stan dan Anthony Mackie akan meneruskan melakonkan watak ini. Bukannya seperti DCEU, siri TV pelakon lain, siri filem pelakon lain dengan alasan ia adalah dunia berbeza. Siri khas ini dikatakan hanya akan mempunyai enam hingga lapan episod sahaja.

Selain itu, sebelum ini – Loki dan Scarlet Witch yang dilakonkan oleh Tom Hiddleston dan Elizabeth Olsen turut akan mempunyai siri khas tersendiri. Buat masa ini, tiada maklumat jelas bila ia akan ditayangkan – Disney juga masih tidak memberi sebarang kenyataan.


TIPS & ULASAN