Informasi Permainan Video Terkini
Deadpool 2 Versi PG-13 Sedang Dihasilkan – Hadir Dengan Adegan Mesra Kanak-Kanak

Deadpool 2 Versi PG-13 Sedang Dihasilkan – Hadir Dengan Adegan Mesra Kanak-Kanak

Diterbitkan pada November 1, 2018 oleh .

Deadpool adalah watak Marvel dalam dunia X-Men. Ramai kanak-kanak menggemarkan watak ini. Tetapi, filem Deadpool dan Deadpool 2 adalah sangat tidak sesuai untuk ditontonkan oleh kanak-kanak kerana bahasa kasar yang digunakan serta adegan yang sangat ganas.

Oleh yang demikian, Paul Wernick (penulis) dan Ryan Reynolds (Deadpool) bersetuju untuk merakam semula beberapa adegan khas untuk Deadpool 2 PG-13. Menurut mereka, tiada maklumat yang boleh dikongsikan kerana mereka tidak mahu sebarang beberan tersebar.

Deadpool 2 PG-13 akan ditayangkan bermula pada 21 Disember kelak. Kini ibu-bapa boleh membawa anak mereka untuk menonton filem yang penuh dengan komedi dan aksi ini yang kini mesra kanak-kanak.


TIPS & ULASAN