The Witcher merupakan siri novel yang ditulis oleh Andrzej Sapkowski, ia dipopularkan oleh CD Projekt Red apabila mereka mengeluarkan siri permainan berdasarkan watak dari novel tersebut.

Berdasarkan laporan sebelum ini, siri ini juga akan menerima siri Netflix dan dijangkakan akan dikeluarkan pada tahun 2020. Setakat ini kita hanya mengetahui yang siri ini akan ditulis oleh Lauren Hissrich tetapi tiada berita mengenai pelakon.

Minggu ini, berdasarkan laporan oleh Variety, Henry Cavill iaitu pelakon yang dikenali ramai selepas memegang watak Superman untuk filem Man of Steel akan memegang watak utama siri ini iaitu Geralt of Rivia

Laporan ini adalah sangat mengejutkan kami kerana Cavill adalah pelakon yang sangat terkenal dan kami tidak dapat menjangkakan beliau akan memegang watak untuk siri TV ataupun Netflix. Pada pendapat anda, adakah Cavill pelakon yang sesuai untuk watak Geralt?

Sohor Kini