Informasi Permainan Video Terkini
Capcom Memperlihatkan Kostum Klasik Claire Dan Leon Buat Resident Evil 2
PC

Capcom Memperlihatkan Kostum Klasik Claire Dan Leon Buat Resident Evil 2

Diterbitkan pada November 1, 2018 oleh .

Bagi anda yang tidak sabar untuk bermain Resident Evil 2 yang diolah semula Capcom Januari kelak, anda mungkin lebih berminat untuk menyelami permainan tersebut dengan kostum klasik buat kedua-dua watak utama permainan tersebut.

Hari ini, Capcom mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan kostum klasik khas buat Leon dan Claire, yang mana rekaan kostum tersebut adalah berdasarkan rekaan asal dari permainan Resident Evil 2 di Playstation 1 lepas.

Menurut Capcom, kedua-dua kostum tersebut boleh dinyah-kunci di dalam permainan tersebut secara percuma. Sebelum ini, Capcom juga memperlihatkan sebilangan kostum tambahan lain buat kedua-dua watak tersebut.

Resident Evil 2 merupakan permainan yang diolah semula daripada permainan asalnya Resident Evil 2 di Playstation 1 pada 1998 lepas. Ia kini bukan sahaja mempunyai bentuk permainan baru, malah ia mempunyai visual yang dinaik-taraf dan dibangunkan khas oleh Capcom. Permainan ini akan dikeluarkan pada 25 Januari 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Ketika acara PSX SEA 2018 yang berlangsung Ogos lepas, kami juga berkesempatan untuk mencuba permainan tersebut. Bagi anda ingin mengetahui pendapat kami berkenaan permainan tersebut, anda boleh ke pautan dibawah.


TIPS & ULASAN