Informasi Permainan Video Terkini
Red Dead Redemption 2 Versi Digital Memerlukan 150GB Storan Untuk Pemasangan Di PS4

Red Dead Redemption 2 Versi Digital Memerlukan 150GB Storan Untuk Pemasangan Di PS4

Diterbitkan pada Okt 18, 2018 oleh .

Red Dead Redemption 2 dilaporkan mungkin memerlukan dua cakera untuk versi fizikal dan 105GB storan untuk memasang permainan tersebut. Rockstar Games melalui ruangan sokongan permainan tersebut mengesahkan jumlah storan sebenar yang diperlukan.

Versi Fizikal:

  • PS4 – 99GB storan pemasangan
  • Xbox One – 107GB storan pemasangan

Versi Digital:

  • PS4 – 99GB storan pemasangan dan tambahan 50GB untuk proses pemasangan.
  • Xbox One – 107GB storan pemasangan

Untuk versi fizikal dan juga Xbox One agak jelas mengenai keperluan storan pemasangan. Namun bagi versi digital untuk PS4 berdasarkan yang diperkatakan, walaupun permainan itu sendiri memerlukan 99GB storan pemasangan, semasa proses pemasangan ia memerlukan 50gb storan.

Dengan kata lain, semasa pemasangan, PS4 anda memerlukan sekurang-kurangnya 150GB, namun selepas dipasang ia hanya menggunakan 99GB dan 50GB lagi akan boleh digunakan kembali.

Bagi pemain yang sudah membeli permainan ini secara digital, anda boleh memuat turun pada 19 Oktober 2018, 12 petang. Anda mungkin perlu berkorban beberapa permainan untuk memberi ruang bagi permainan ini.


TIPS & ULASAN