Informasi Permainan Video Terkini
Red Dead Redemption 2 Di PlayStation 4 Memerlukan Ruang Storan Sebesar 105GB

Red Dead Redemption 2 Di PlayStation 4 Memerlukan Ruang Storan Sebesar 105GB

Diterbitkan pada Sep 27, 2018 oleh .

Adakah anda telah bersedia untuk Red Dead Redemption 2? Permainan prekuel kepada Red Dead Redemption ini amat dinantikan kerana dibangunkan oleh Rockstar yang setakat ini masih belum mengecewakan. Kepada pemilik konsol PlayStation 4, anda terlebih dahulu perlu memastikan terdapat ruang storan yang cukup sebelum boleh menikmati permainan ini.

Read Dead Redemption 2 memerlukan sekurang-kurangnya ruang storan sebesar 105GB pada konsol keluaran Sony. Ini adalah saiz yang amat besar terutamanya kepada mereka yang hanya memiliki konsol versi 500GB. Ini didedahkan pada kotak berkas RED2 untuk PlayStation 4 Pro yang bakal dijual.

Selain daripada itu versi atas talian kelak mampu menyokong sehingga 32 pemain dan kandungan eksklusif akan dinikmati pemilik PlayStation selama 30 hari. Jadi adakah anda mempunyai storan sebesar ini pada konsol anda? Jika tidak silalah memadam permainan yang sudah lama tidak dimainkan.


TIPS & ULASAN