Informasi Permainan Video Terkini
Red Dead Redemption 2 Versi Fizikal Mungkin Hadir Dengan 2 Cakera

Red Dead Redemption 2 Versi Fizikal Mungkin Hadir Dengan 2 Cakera

Diterbitkan pada Okt 18, 2018 oleh .

Sebelum ini kami ada melaporkan yang Red Dead Redemption 2 mungkin memerlukan 105gb ruangan storan untuk memasang permainan tersebut.

Minggu ini, berdasarkan kulit kotak bagi permainan tersebut untuk pasaran Jepun, ia memperlihatkan versi fizikal untuk permainan tersebut akan mempunyai 2 cakera.

Oleh disebabkan satu cakera blu-ray untuk PS4 mempunyai ruangan storan sebanyak 50gb, dengan memerlukan 2 cakera ia mengesahkan laporan yang kami nyatakan di atas.

Semasa generasi PS2, permainan memerlukan lebih pada satu cakera adalah perkara biasa kerana mereka menggunakan cakera padat yang mempunyai ruangan storan yang kecil. Apabila konsol beralih ke blu-ray bermula dengan PS3, perkara tersebut sudah tidak menjadi kebiasaan.

Namun, berdasarkan kandungan serta ketelitian permainan Red Dead Redemption 2 ini, kami tidak terkejut jika ia memerlukan ruangan storan yang besar. Nampaknya, kami perlu membuang banyak permainan sebelum memasang permainan ini.

Red Dead Redemption 2 akan dikeluarkan pada 26 Oktober ini untuk Playstation 4 dan Xbox One.


TIPS & ULASAN