Elusive Target merupakan mod permainan yang diperkenalkan di dalam Hitman. Melaluinya pemain dapat memburu sasaran khas untuk masa terhad(kebiasaannya seminggu). Ia juga hanya boleh dibunuh sekali sahaja. Elusive Target hadir untuk beberapa minggu sekali. Dengan menyelesaikannya, pemain akan mendapat pelbagai barangan di dalam permainan.

Melalui satu video trailer baharu untuk Hitman 2, ia memperlihatkan watak Mark Faba yang dilakonkan oleh Sean Bean mungkin dikenali ramai memegang watak Ned Stark di dalam Game of Thrones. Beliau juga sering memegang watak yang akan terbunuh di dalam filem ataupun siri.

Di dalam trailer tersebut, Mark Faba membunuh seorang psikiatri dan mencabar Agent 47 untuk datang dan membunuhnya. Kami boleh katakan watak tersebut adalah berdasarkan watak yang dilakonkan oleh beliau di dalam James Bond GoldenEye iaitu Alec Trevelyan.

Elusive Target Mark Faba akan tiba pada 20 November ini dan pemain mempunyai 10 hari untuk membunuhnya. Hitman 2 akan dikeluarkan pada 13 November 2018 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini