PLAYERUNKNOWN’S Battlegrounds Mobile atau PUBGM adalah permainan pertempuran royal PUBG versi permua. Ia boleh dikatakan popular dengan kebolehan rentas-platform antara iOS dan Android.
Di Google Play Store, ia merekodkan permua ini sudah mencapai lebih dari 100 Juta pemasangan. Walau bagaimanapun, data muat turun ini hanya untuk pasaran global dan tidak termasuk di China. Di China, tiada perkhidmatan Google jadi – muat turunnya adalah daripada platform mereka yang tersendiri dan mengikut sumber, PUBGM di China adalah satu fenomena dan jumlah pemainnya adalah lebih banyak dari pasaran global.
Sebelum ini, jumlah muat turun iOS dan Android adalah 100 Juta – kini hanya di platform Android sahaja sudah lebih 100 Juta. Ini juga boleh dikatakan, platform Android adalah platform yang popular untuk bermain PUBGM.
Pembaca Aksiz pula bagaimana? Adakah anda salah seorang daripada pemain PUBGM yang turut menambahkan jumlah muat turun di Play Store atau anda adalah pemain Fortnite?