PUBG Mobile Kini Telah Dimuat-Turun Lebih 100 Juta Kali

PUBG Mobile merupakan salah satu permainan berbentuk Battle Royale yang menawarkan elemen permainan seumpama PUBG pada PC, tetapi dioptimasikan untuk telefon pintar. Ia telah ditawarkan untuk Android dan iOS secara percuma, dan hadir dengan sokongan pembelian dalam-aplikasi untuk beberapa kandungan tambahan.

PUBG Mobile 100 Juta

Terkini, pembangunnya mengumumkan yang mana PUBG Mobile telah pun melangkaui angka 100 juta muat-turun di Android dan juga iOS.

Permua ini telah dilancarkan pada awal tahun ini selepas beberapa permainan seumpamanya yang mencuri perhatian ramai. Namun, kini dengan pelancaran Fortnite untuk peranti mudah-alih, ia mungkin menarik untuk melihat bagaimanakah angka pemain aktif untuk PUBG Mobile berubah.

Bagi anda sendiri, adakah anda aktif memainkan PUBG Mobile, atau anda telah beralih ke genre permainan yang lain pada peranti mudah-alih?

Sohor Kini