Informasi Permainan Video Terkini
Activision Mempertontonkan Video Acah Call of Duty: Black Ops 4 Zombies – Blood of the Dead
PC

Activision Mempertontonkan Video Acah Call of Duty: Black Ops 4 Zombies – Blood of the Dead

Diterbitkan pada Okt 11, 2018 oleh .

Esok Activision akan lancarkan Call of Duty: Black Ops 4. Kali ini dilihat permainan ini memfokuskan pertempuran royal seperti yang kami laporkan sebelum ini. Seperti siri Call of Duty sebelum ini, mod zombi turut akan hadir dalam siri terbaru ini. Baru-baru ini, Activision mempertontonkan video acah ‘Blood if the Dead’ buat siri COD: Black Ops 4.

Video acah kali ini memperlihatkan kisah keempat-empat watak utama dalam satu pasukan. Watak-watak ini dilihat bersungguh-sungguh ingin hidup demi meneruskan kehidupan dengan bertempur dengan zombi-zombi yang jahat lagi ganas ini. Kemudian, turut dilihat adalah watak yang dalam derita, kesedihan, sanggup melakukan apa sahaja serta ingin berserah.

Tidak lupa juga, Activison jelas sekali memperlihatkan di mana mod zombi ini sukar untuk dilengkapkan dan memang perlu dimainkan secara multi-pemain untuk berjaya.

Untuk menghangatkan lagi penantian permainan aksi peperangan ini – Activision turut menerbitkan satu lagi video acah sebagai persediaan untuk pelancaran esok.


TIPS & ULASAN