The Binary Mill hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan meluncur angin realiti-maya, Rush VR di Playstation VR. Permainan tersebut asalnya dilancarkan di Oculus Rift dan Gear VR tahun lepas.

Rush VR meletakkan pemain sebagai seorang peluncur angin dimana pemain akan memakai pakaian bersayap (wingsuit) dan meluncur di kawasan bukit, gunung dan sebagainya sehinggalah ke garisan penamat.

Dengan hampir 90 litar, pemain juga berupaya untuk berlumba dengan pemain lain sebanyak 12 pemain serentak secara atas-talian.

Ketika artikel ini ditulis, The Binary Mill masih belum mengumumkan tarikh pelancarannya, namun kami percaya ianya bakal tiba pada masa terdekat ini.

Sohor Kini