James Gunn sebelum ini mencetus kontroversi apabila beberapa laporan mengenai kuciran beliau yang tidak baik dikeluarkan. Disebabkan laporan tersebut, James Gunn di pecat daripada mengarah filem Guardian of the Galaxy 3 oleh Disney.
Kini, berdasarkan laporan oleh Deadline, Warner Bros dan DC akan mengambil beliau untuk mengarah serta menulis filem kedua Suicide Squad. Sebelum ini filem tersebut dilaporkan akan diarah oleh Gavin O’Connor, namun buat masa ini beliau sedang terlibat di dalam satu filem lain iaitu Torrance.
Mungkin mengambil kesempatan yang James Gunn tidak lagi terikat dengan Guardian of the Galaxy, Suicide Squad sudah semestinya berpotensi untuk menjadi lebih baik dengan penglibatan beliau. Bagi kami Suicide Squad yang pertama agak mengecewakan kerana tidak mempunyai jalan cerita dan watak yang menarik.