Pac-Man adalah permainan klasik yang hadir pada tahun 1980. Ia merupakan permainan berbentuk maze di mana wataknya Pac-Man memakan titik-titik yang digelar Pac-Dots. Terdapat juga cabaran perlu lari daripada ‘hantu‘ Blinky, Pinky, Inky dan Clyde. Kini, tahun demi tahun pelbagai jenis Pac-Man telah hadir, baik dari Bandai Namco sendiri atau dari pembangun lain yang mengambil inspirasi.
Sempena filem animasi Ralph Breaks the Internet, Bandai Namco hadir dengan permua PAC-MAN: Ralph Breaks the Maze. Ia adalah permainan klasik Pac-Man dalam bentuk 3D yang mempunyai elemen dari Disney iaitu Wreck it Raplh. Bentuk permainan yang lebih kurang sama, cuma pengguna kini berpeluang mengumpul watak-watak dari Ralph Breaks the Internet.
Jika anda adalah seorang peminat permainan klasik, lebih-lebih lagi Pac-Man – anda patut cuba. Kerana PAC-MAN: Ralph Breaks the Maze ini agak seronok dan menghiburkan untuk dimainkan. Ia adalah Pac-Man versi moden. Ia turut hadir dalam kedua-dua platform iOS dan Android dan boleh muat turun hari ini secara percuma.
[download] Muat Turun: PAC-MAN: Ralph Breaks the Maze Di Play Store [/download] [download] Muat Turun: PAC-MAN: Ralph Breaks the Maze Di App Store [/download]