Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Terbaru Filem Ralph Breaks The Internet: Wreck-It Ralph 2 Dipertontonkan – Mengandungi Pelbagai IP Disney Termasuk Marvel

Trailer Terbaru Filem Ralph Breaks The Internet: Wreck-It Ralph 2 Dipertontonkan – Mengandungi Pelbagai IP Disney Termasuk Marvel

Diterbitkan pada June 5, 2018 oleh .

Walt Disney Animation Studios hari ini mempertontonkan trailer terbaru bagi filem animasi seterusnya Wreck-It Ralph 2 yang bertajuk Ralph Breaks The Internet: Wreck-It Ralph 2.

Melalui trailer tersebut, Disney tampaknya memaparkan pelbagai hak intelek (IP) milik mereka seperti Marvel, Star Wars dan sebagainya. Trailer tersebut juga memaparkan Iron Man berterbangan bersama kapal angkasa X-Wing yang sememang pasti akan membuat peminat-peminat diluar sana gembira.

Tambahan juga, terdapat satu adegan yang sangat lucu dimana Vanellope bertemu bersama puteri-puteri daripada Disney dan kesemua puteri tersebut dipaparkan dalam bentuk visual 3D termasuklah Mulan dan Pocahontas.

Wreck-It Ralph merupakan filem animasi oleh Disney yang pertama kali ditayang pada 2012 lepas. Ia mendapat sambutan baik oleh peminat dengan penceritaannya yang memfokuskan permainan video arked.

Kini, filem Wreck-It Ralph bakal kembali yang mana Disney menyatakan ia akan bertempatkan enam tahun selepas filem pertama. Melalui filem, sekali lagi Disney akan membawa watak Ralph bersama Vanellope untuk mengembara di dunia Internet setelah arked permainan mereka disambung secara atas-talian.

Filem tersebut akan ditayangkan pada musim kesyukuran iaitu pada 21 November tahun ini.


TIPS & ULASAN