Informasi Permainan Video Terkini
Overwatch Bakal Menerima Set LEGO Rasmi

Overwatch Bakal Menerima Set LEGO Rasmi

Diterbitkan pada Okt 3, 2018 oleh .

Mengumpul figura rasmi watak permainan video ialah sebahagian budaya geek yang kini dianggap normal. Kami sendiri secara peribadi mempunyai beberapa figura Assassin’s Creed yang dibeli menerusi berkas edisi terhad. Bagi peminat Overwatch, selepas ini anda boleh membeli figura rasmi permainan FPS ini keluaran LEGO.

Video acah di atas menunjukkan figura minifig untuk Tracer. Sebelum ini  akaun media sosial Overwatch memberikan petanda minifig Widowmaker, Reinhardt, Genji, Soldier 76, Mercy, dan McCree akan dihasilkan. Tiada tarikh bilakah set rasmi LEGO ini akan mula dijual. Kami hanya boleh berharap set lengkap D.Va dan robot Tokki akan turut dijual bagi melengkapkan koleksi ini.


TIPS & ULASAN