CD Project memulakan kehidupan sebagai studio pembangunan permainan kecil-kecilan dari Poland yang menjadi projek sampingan kepada pemilik laman GOG.com. Nama mereka mula melonjak di dalam dunia permainan video selepas membangunkan siri permainan The Witcher yang amat popular kerana merubah landskap dunia RPG.
The Witcher adalah diasaskan oleh novel yang ditulis oleh Andrzej Sapkowski. Beliau kini menuntut bayaran royalti tambahan bernilai PLN 60 juta (~RM 67 juta) kerana kejayaan siri ini. Pada asalnya Sapkowsi menandatangani kontrak bayaran penuh bersama CD Projekt dan menolak perjanjian peratusan hasil jualan. Kerana The Witcher kini dikenali seluruh dunia dan menjana pendapatan yang lumayan mencecah PLN 1 bilion, Sapkowsi ingin menuntut royalti tambahan.
CD Projekt telah mengeluarkan kenyataan rasmi menerusi laman mereka yang mengatakan tuntunan Sapkowsi tidak berasas. Kontrak yang ditandatangani jelas menunjukkan beliau mahukan bayaran pada peringkat awal sahaja tanpa peratusan jualan. Di dalam situasi ini jCD Projekt mempunyai asas yang kukuh untuk tidak mengendahkan tuntunan Sapkowsi.