Informasi Permainan Video Terkini
Pakaian Berasaskan Pokemon Diperagakan Di Milan Fashion Week

Pakaian Berasaskan Pokemon Diperagakan Di Milan Fashion Week

Diterbitkan pada Sep 27, 2018 oleh .

Fesyen dan permainan video jarang sekali bertindan pada gambar rajah Venn. Malahan permainan video sering dipandang enteng oleh elitis fesyen yang mementingkan jenama mewah. Tetapi di Milan Fashion Week ini berubah seperti pakaian yang bertemakan Pokemon diperagakan di bawah label GCDS.

Antara karya yang dihasilkan ialah but berbentuk Jigglypuff dan model yang disolek untuk kelihatan seperti Pikachu. Pakaian yang dihasilkan ini adalah sebahagian daripada koleksi musim bunga dan panas GCDS. Ini mengesahkan status Pokemon sebagai permainan video yang ikonik sehingga boleh dilihat pada acara fesyen terkemuka dunia.


TIPS & ULASAN