Sebelum ini, kami berkongsi video acah pertama buat filem sampingan Transformers yang pertama, iaitu Bumbleebee dan kini Paramount Pictures akhirnya berkongsi trailer rasmi terbaru buat filem tersebut yang memaparkan sebilangan adegan filem termasuklah sebilangan watak-watak klasik Transformers.
Bumblebee menempatkan 20 tahun sebelum filem pertama Transformers yang ditayangkan 2007 lepas. Dimana melalui filem ini, ia berlangsung pada tahun 1987 dan Bumblebee akan bertemu seorang manusia bernama Charlie Watson di kejiranan California sebagai kereta Volkswagen Beetle.
Filem ini dibintangi oleh Hailee Steinfeld sebagai Charlie Warson dan John Cena sebagai Agent Burns iaitu salah satu ejen dari Sector 7. Filem ini merupakan filem pertama Transformers yang tidak diarah oleh Michael Bay, dimana kali ini, Travis Knight iaitu pengarah filem Kubo And Two Strings akan mengarah filem Bumblebee tersebut.
Menariknya, melalui trailer yang dipertontonkan juga memperlihatkan sebilangan watak-watak klasik Transformers seperti Starscream, Soundwave dan juga Optimus Prime. Apa yang menarik minat kami adalah rekaan-rekaan Transformers tersebut dihasilkan seakan rekaan asal G1 Transformers, yang pasti buat peminat asal Transformers tidak sabar untuk menonton filem ini.
Bumblebee akan ditayangkan di seluruh dunia bermula 21 Disember 2018 ini.