Paramount Pictures hari ini mempertontonkan trailer pertama buat filem Bumblebee yang mana ia merupakan filem sampingan daripada siri filem Transformers.

Filem ini merupakan filem pertama Transformers yang tidak diarah oleh Michael Bay, dimana kali ini, Travis Knight iaitu pengarah filem Kubo And Two Strings akan mengarah filem Bumblebee tersebut.

Filem tersebut akan memfokuskan watak Transformers, BumbleBee dan watak peneman manusia kali ini, Charlie Watson dibintangi oleh Hailee Steinfeld. Menariknya juga, ahli gusti terkenal, John Cena juga akan membintangi filem tersebut sebagai Agent Burns iaitu salah satu ejen dari Sector 7.

Berdasarkan trailer tersebut juga tampaknya selain dari watak Bumblebee, watak penjahat, Starscream juga mungkin bakal tiba di dalam filem tersebut. Menariknya rekaan watak Starscream tersebut mengingatkan kami dengan rekaan asal G1 Transformers daripada siri kartun asal Transformers.

Bumblebee menempatkan 20 tahun sebelum filem pertama Transformers yang ditayangkan 2007 lepas. Dimana melalui filem ini, ia berlangsung pada tahun 1987 dan Bumblebee akan bertemu seorang manusia bernama Charlie Watson di kejiranan California sebagai kereta Volkswagen Beetle.

Filem ini akan ditayangkan di seluruh dunia bermula 21 Disember 2018 ini.

Sohor Kini