Skip to main content

Marvel’s Spider-Man ialah permainan video PlayStation 4 yang sedang kami mainkan di rumah. Ia besar kemungkinan permainan video adiwira yang terbaik dilancarkan sejak sedekad yang lalu. Pembeliannya amat kami sarankan kepada peminat permainan adiwira dan dunia terbuka dalam ulasan yang kami terbitkan.

Antara perkara paling menarik Spider-Man ialah pelbagai kostum yang boleh dipakai oleh Peter Parker. Hot Toys kini menawarkan figura Spider-Punk lengkap dengan sebuah gitar elektrik berwarna merah. Aksesori lain yang diberikan ialah satu Spider-Drone, enam pasang tangan, tiga set mata untuk topeng, beberapa benang lelabah dan tapak khas untuk mempamerkan Spider-Punk. Berita buruk hari ini ialah ia hanya akan mula dijual pada suku ketiga atau keempat 2019.

Leave a Reply