Kami pernah melaporkan bahawa Wan Hazmer, iaitu bekas ketua pereka buat permainan Final Fantasy XV meninggalkan Square-Enix dan menghasilkan studio pembangun permainan sendiri, iaitu Metronomik dan yang mana kini, Metronomik akhirnya berkongsi video acah pertama buat permainan yang dihasilkan oleh mereka, iaitu No Straight Roads.

Seperti yang dikongsikan oleh kami ketika sesi Disk-Aksiz yang lepas, No Straight Roads merupakan permainan pertama yang dibangunkan oleh Metronomik dimana ianya memfokuskan bentuk permainan berasaskan muzik.

Bersempena dengan acara Tokyo Game Show 2018 yang berlangsung minggu ini, Metronomik menyatakan bahawa mereka akan membawa demo permainan tersebut ke acara tersebut untuk mempamerkan bentuk permainannya buat pertama kali.

Buat masa ini, pihak Metronomik masih belum berkongsinya secara rasmi. Namun seperti biasa, kami akan kongsikan sebarang kemaskini oleh pihak mereka setelah Metronomik mengumumkannya.

Bagi anda yang ingin melihat sesi Disk-Aksiz berkenaan permainan tersebut bersama Metronomik, anda boleh ke pautan dibawah untuk menontonnya.

Disk-Aksiz – Bersama Wan Hazmer Dari Metronomik

Sohor Kini