Red Dead Redemption 2 merupakan permainan dunia terbuka oleh Rockstar Games. Ia merupakan permainan seterusnya untuk siri Red Dead Redemption tetapi berlaku 12 tahun sebelum kejadian di dalam permainan pertama.

Rockstar Games sebelum ini telah berkongsi pelbagai maklumat untuk permainan ini seperti bentuk permainan. Namun, selain New Hanover, mereka tidak berkongsi tempat ataupun perkampungan lain yang boleh diterokai oleh pemain.

Minggu ini, mereka akhirnya berkongsi nama-nama serta gambar untukt empat dan perkampungan yang bakal hadir. Terdapat 7 tempat dan perkampungan yang dikongsikan iaitu Valentine dan Annesburg yang bertempat di New Hanover. Saint Denis,  Rhodes dan Lagras yang berada di Lemoyne. Selain itu terdapat juga Strawbewrry di West Elizabeth dan pergunungan Ambarino, Mount Hagen.

Rockstar Games berkongsi lebih banyak gambar untuk pertempatan ini di laman khas – The Frontier, Cities & Towns. Red Dead Redemption 2 dijadualkan untuk dilancarkan pada 26 Oktober 2018 ini dan ia ditawarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One. Bagi anda ingin melihat senarai edisi permainan yang diumumkan, anda boleh ke pautan ini.

Sohor Kini