Informasi Permainan Video Terkini
Aksiz Hari Malaysia FIFA 18 Challenge Diadakan Pada Hujung Minggu Ini
Artikel Berkaitan

Aksiz Hari Malaysia FIFA 18 Challenge Diadakan Pada Hujung Minggu Ini

Diterbitkan pada Sep 14, 2018 oleh .

Percaya atau tidak, bermain permainan video kini dikira sebagai satu sukan – e-sukan. Ramai yang mula menceburi arena e-sukan kerana minat, kepakaran masing-masing dan juga pertandingan yang hadiahnya wang tunai ribuan ringgit.

Pada hari Sabtu dan Ahad ini iaitu 15 dan 16 September, terdapat Aksiz Hari Malaysia Fifa 18 Challenge. Ia dianjurkan oleh Prodigy FIFA Gaming di SACC Mall Shah Alam. Menariknya dengan acara ini adalah, hadiah wang tunai berjumlah sehingga RM5000 disediakan.

Acara ini akan berlangsung dari 10 pagi sehingga 9 malam untuk kedua-dua hari. Jadi mari sertai kami untuk menggamatkan lagi kejohanan tersebut pada hujung minggu ini.


TIPS & ULASAN