Informasi Permainan Video Terkini
Demo Untuk Anthem Akan Hadir Pada Februari 2019 – Terbuka Untuk EA Access Dan Pra-Tempah
PC

Demo Untuk Anthem Akan Hadir Pada Februari 2019 – Terbuka Untuk EA Access Dan Pra-Tempah

Diterbitkan pada Sep 3, 2018 oleh .

Anthem merupakan permainan aksi menembak atas talian yang dibangunkan oleh Bioware dan diterbitkan oleh EA. Permainan ini akan dikeluarkan pada 22 Februari 2019.

Minggu ini, ketika acara PAX West, Bioware mengumumkan yang demo untuk permainan tersebut akan hadir pada Februari 2019 akan tetapi terbuka untuk pelanggan EA Access dan juga yang sudah pra-tempah permainan tersebut.

Tambah Bioware, demo tersebut merupakan permainan penuh dan bukan sekadar versi percubaan teknikal. Untuk pemain yang bukan pelanggan EA Access dan tidak pra-tempah, demo lain juga akan dikeluarkan tetapi akan diumumkan kemudian.

Anthem akan dikeluarkan pada 22 Februari 2019 untuk PC, Xbox One dan PlayStation 4.


TIPS & ULASAN