Spelunky merupakan permainan platformer yang dikeluarkan pertama kali pada tahun 2008 sebelum versi baharu dikeluarkan pada tahun 2012. Ia menyertakan permainan secara solo dan juga multi-pemain.

Pada tahun lepas, ketika Paris Games Week, Mossmouth dan BlitWorks mengumumkan bahawa Spelunky 2 bakal tiba untuk PC dan PlayStation 4. Namun, hanya minggu ini mereka mengesahkan bahawa permainan tersebut akan dikeluarkan pada tahun hadapan.

Spelunky 2 akan menyertakan pelbagai pembaharuan dari segi bentuk permainan dan juga grafik. Bersama pengumuman ini mereka juga berkongsi trailer bentuk permainan. Tarikh tetap masih tidak dikongsi kan.

Leave a Reply