Soul Calibur bukanlah satu nama yang asing untuk permainan pertempuran. Pertama kali dikeluarkan pada tahun 1998 lagi. Namun, Soul Calibur VI hanya tiba selepas 6 tahun Soul Calibur V dikeluarkan.

Penerbit Soul Calibur VI Motohiro Okubo melalui temubual bersama DualShockers mengatakan ia adalah disebabkan Bandai Namco tidak pasti dengan kejayaan untuk permainan baharu bagi siri ini. Tambah beliau lagi, ia mengambil masa yang lama untuk meyakinkan penerbit untuk mengeluarkan permainan ini.

Apabila ditanya jika Soul Calibur VI adalah permainan terakhir untuk siri ini, beliau mengatakan bukan untuk menakutkan pengikut siri ini akan tetapi jika penjualan untuk Soul Calibur VI tidak seperti yang dijangkakan oleh Bandai Namco ia mungkin menjadi yang terakhir.

Soul Calibur VI merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan pertempuran secara bersenjata. Seperti permainan Soul Calibur sebelum ini, permainan Soul Calibur VI akan memfokuskan bentuk perlawanan secara 8 arah pergerakan. Soul Calibur VI bakal tiba di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Steam pada 19 Oktober 2018 ini.

Sohor Kini