Informasi Permainan Video Terkini
Penceritaan Utama Marvel’s Spider-Man Mengambil Masa 20 Jam Untuk Dihabiskan

Penceritaan Utama Marvel’s Spider-Man Mengambil Masa 20 Jam Untuk Dihabiskan

Diterbitkan pada Ogos 28, 2018 oleh .

Marvel’s Spider-man oleh Insomniac Games merupakan permainan dunia terbuka yang mempunyai pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh pemain. Namun, penceritaan utama sudah semestinya akan menjadi fokus kepada pemain.

Melalui kuciran di akaun Twitter beliau, pengarah komuniti Insomniac Games James Stevenson mengatakan berdasarkan percubaan oleh pasukan mereka, penceritaan utama permainan ini secara purata mengambil masa 20 jam untuk dihabiskan.

20 jam tersebut adalah berdasarkan kesukaran biasa dan tanpa menyelesaikan aktiviti-aktiviti sampingan yang terdapat di dalam permainan ini.

Berdasarkan percubaan kami dengan melihat segala aktiviti sampingan yang ada, termasuk penceritaan utama kami boleh jangkakan ia akan mengambil lebih kurang 50 jam untuk menghabiskan permainan ini secara penuh.

Marvel’s Spider-man akan dikeluarkan pada 7 September 2018 untuk PlayStation 4. Anda boleh baca pandang pertama kami untuk permainan ini mengunakan pautan di bawah.

Pandang Pertama Marvel’s Spider-Man – Bakal Tiba Di PlayStation 4 Pada 7 September Ini


TIPS & ULASAN