Informasi Permainan Video Terkini
Dota 2 Kini Menyertakan Pek Suara Gabe Newell – Boleh Didapati Melalui The International Battle Pass
PC

Dota 2 Kini Menyertakan Pek Suara Gabe Newell – Boleh Didapati Melalui The International Battle Pass

Diterbitkan pada Ogos 23, 2018 oleh .

Bersempena kejohanan Dota 2 The International 2018, pek suara untuk Dota 2 disertakan selain pelbagai barangan untuk Dota 2 yang lain kepada kesemua pembeli The International Battle Pass yang berharga RM39 untuk tahap 1 dan RM149 untuk tahap 75.

Menariknya, pek suara tersebut adalah berdasarkan suara Gabe Newell sendiri iaitu ketua pengawal eksekutif untuk Valve. Untuk mempromosi pek suara ini, Valve juga berkongsi video sesi rakaman tersebut.

Melalui pek suara ini, ia akan menggantikan suara di dalam permainan Dota 2 dengan suara Gabe Newell. Untuk membaca senarai penuh suara-suara yang akan digantikan anda boleh membacanya di Dota 2 Gamepedia ataupun dengan menonton video di bawah.

Jika suara Gabe Newell yang lemah lembut ini boleh membuatkan anda lebih bersemangat, pek suara ini sudah semestinya menjadi satu kewajipan untuk anda miliki.

Steam: The International Battle Pass


TIPS & ULASAN