Informasi Permainan Video Terkini
Berkas Playstation 4 Bersama FIFA 19 Diumumkan Buat Pasaran Malaysia

Berkas Playstation 4 Bersama FIFA 19 Diumumkan Buat Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 23, 2018 oleh .

Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan berkas Playstation 4 bersama-sama dengan permainan FIFA 19 pada 25 September ini.

Melalui berkas tersebut, Sony akan menyertakan konsol Playstation 4 berstoran 500GB, alat kawalan Dualshock 4, kod langganan Playstation Plus selama 3 bulan dan kod pernambahan jaminan konsol selama setahun.

Selain itu, permainan FIFA 19 juga akan disertakan secara edisi fizikal bersama-sama kandungan tambahan melalui edisi Champion.

Melaluinya, Sony akan menyertakan pek emas pemain bersama 3 barangan ikon. Menariknya, melalui FIFA 19 Champions Edition, EA akan menyertakan 20 premium pek emas, bersama dengan pemain emas UEFA Champions,  barangan FUT Neymar dan Cristiano dan FUT Kits khas yang direka oleh FIFA.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan berkas ini, anda boleh mendapatkannya melalui pengedar rasmi Playstation bermula 25 September ini. Namun dari segi harga, pihak Sony masih belum berkongsikannya.


TIPS & ULASAN